love u syg

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 28 January 2012

siapakah jodohku,, :(

Assalamualaikum....w.b.t.

Sungguh agung pemberian yang maha esa bukan, Allah Taala telah menetapkan setiap insan itu sudah punyai jodohnya masing-masing. Sebelum dilahirkan ke dunia lagi Allah telah menetapkan 3 pekara kepada setiap insan iaitu rezeki, kematian dan jodoh. Kadang jika difikirkan mengenai jodoh, rasa malas dah nak mencari jodoh kita, tetapi bak kata seorang ustaz, sedangkan nasi yang mengenyangkan sementara pun harus dicari dan disuap ke mulut. Inikan pula nak mencari seorang zaujah untuk mendampingi kita sepanjang hayat mulai saat diijabkabul hinggalah berkekalan di syurga Allah. Kadang kala jadi pening gak sebab benda-benda macam ni memang memeningkan, tapi nak buat macam mana, kita kene pening untuk memikirkan benda yang pening gini.

Apa yang daku impikan hanyalah seorang lelaki yang berusaha untuk menjadi soleh sepertimana diri ini. Insyallah daku akan berusaha untuk menjadi wanita yang solehah dan hamba Allah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan redha-Nya, Insyallah. Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku ini dikala hatiku seakan-akan memberontak untuk dikasihi oleh seorang lelaki. Kuatkan imanku sekuat-kuatnya agar dapat aku menjaga pandanganku dari panahan syaitan yang durjana. Hadirkanlah seorang putera dalam hidupku seandainya telah tiba saatnya untuk daku mencintai sesiapa dalam hidupku, maka kau letakkanlah cintaku pada sesiapa yang mencinta-Mu lebih dari dia mencintaku. Dan daku berjanji akan mencintai dia melebihi daku mencintai diriku sendiri kerana dia adalah amanah untukku. namun Ya Allah seandainya telah tiba saat itu, kau jagalah hubungan kami dengan sebaiknya agar tidak berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pergaduhan yang besar. Setiap pernikahan tidak akan dapat lari dari perselisihan faham, namun kau jagalah hati kami agar kami dapat menyelesaikannya dengan mudah dan mengikut cara yang disuruhMu dan disuruh kekasihMu, Muhammad Rasullullah S.A.W.

"Setiap wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, 
dan setiap wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat"

No comments:

Post a Comment